Berita Semasa

Temui kami di FACEBOOK RASMI PERMATA INSAN!

Berita Semasa

kini Permata Insan di Facebook! mari sama-sama layari page rasmi kami di link
berikut :





FACEBOOK RASMI PERMATA INSAN

 

Ujian Untuk Kemasukan 2012 ke PERMATA INSAN kini bermula!

  • 0 Komen
  • February 17 2012 17:18:58
  • Cetak
  • faizaziz
  • 350 kali dibaca.
Berita Semasa

Assalamualaikum. Proses Ujian untuk Kemasukan ke Akademi Permata Insan kini bermula! Bagi fasa pertama, proses tapisan adalah berasaskan kelulusan UJIAN IQ (PERMATA pintar UKM-1) yang perlu diambil secara online bermula  1 FEBRUARI 2012 HINGGA 30 APRIL 2012 .

Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1.


 

Kem Permata Insan 2/2011 Berjaya

Berita Semasa


Kem Permata Insan  2/2011 telah dilaksanakan dengan jayanya. Kem yang bermula 27 November 2011 hingga 9 Disember 2012 telah menerima pengambilan baru bagi sesi 2011. Kem yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Beranang ini disifatkan telah berjaya mencapai objektifnya.  Sesi kem pada kali ini menjadi lebih meriah kerana kehadiran pelajar Akademi Permata Insan yang baru sememangnya telah menjalinkan sebuah keakraban yang begitu terserlah antara Batch Junior dan Batch Senior. Antara pengisian menarik sepanjang kem pada kali ini adalah Mental Arithmatic, Young Scientist, Pengucapan Awam, Gembira bersama ICT, selain daripada mengikuti modul teras dari Quran & Sunnah, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Pembagunan Insan. Kem pada kali ini disambung pula dengan EXPO Permata 2011 yang diadakan di KLCC. EXPO yang mengintegrasikan kombinasi kesemua Program Permata Negara telah berjalan dengan jayanya bermula 10 - 12 Disember 2012.Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan kem ini. Tahniah!




aquaria



adik2



di pantai



Expo Permata Insan












 

KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR AKADEMI PERMATA INSAN 2/2011

  • November 18 2011 21:14:38
  • Cetak
  • webmaster
  • 521 kali dibaca.
Berita Semasa

Sila Klik laman berikut untuk senarai mereka yang berjaya dalam keputusan kemasukan pelajar 2/2011 Akademi Permata Insan:

KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR AKADEMI PERMATA INSAN 2/2011

 

Majlis Pelancaran Permata Insan

  • June 30 2010 17:50:44
  • Cetak
  • webmaster
  • 979 kali dibaca.
Berita Semasa

Permata Insan lahir generasi al-Quran

2010/03/13
BANDAR BARU NILAI: Sebuah lagi program kesinambungan Permata Pintar diperkenalkan iaitu Permata Insan yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar seawal usia lapan tahun, yang mempunyai kecenderungan tinggi dalam bidang pengajian Islam terutama al-Quran.

Kecenderungan itu kemudiannya akan dikembangkan ke tahap lebih tinggi dengan mengintegrasikan ilmu akademik dengan ilmu Islam secara sistematik, terancang dan mengikut metodologi betul.

Baca Selanjutnya ·