Laman Utama   Konsep Ilmu Dalam Permata Insan

Konsep Ilmu Dalam Permata Insan

Penubuhan Permata Insan adalah bervisikan pembudayaan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai teras kecemerlangan generasi muda. Malah program ini juga bermatlamat menghasilkan bakal ilmuwan atau pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Kemunculan ilmuwan atau pemikir Islam yang agung dalam sejarah Islam yang awal bukanlah daripada keadaan vakum, tetapi berdasarkan akar dan asas yang telah diletakkan oleh Tuhan Pencipta segala makhluk melalui jalan wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Akar dan asas inilah yang menjadi konsep ilmu yang diterapkan dalam program Permata Insan ini. Dalam agama Islam, konsep ilmu yang diajarkan adalah untuk menyedari kebesaran dan keagungan Allah SWT. Malah bukan sahaja konsep ilmu, malah segala-gala konsep yang dapat dilahirkan semuanya mesti diikat dengan nilai rabbani atau peka ketuhanan.

Dalam agama Islam, konsep ilmu yang diajarkan adalah untuk menyedari kebesaran dan keagungan Allah SWT. Malah bukan sahaja konsep ilmu, malah segala-gala konsep yang dapat dilahirkan semuanya mesti diikat dengan nilai rabbani atau peka ketuhanan. Dalam ungkapan Hakim Al-Ummah, Muhammad Iqbal (1877-1932) melalui karyanya The Reconstruction of Religious Thought in Islam: Tujuan utama Al-Quran adalah untuk membangkitkan kesedaran paling tinggi dalam diri manusia berkenaan semua perkaitan dirinya dengan Tuhan dan alam semesta. Dalam aspek utama ajaran Al-Quran ini, Goethe (1749-1832), ketika mana membuat ulasan ringkas berkenaan Islam sebagai satu wadah pendidikan, pernah berkata kepada Eckermann (1792-1854): “Kamu lihat ajaran (Islam) ini tidak pernah gagal. Dengan segala sistem kita (Barat), kita tidak akan mampu capai, dan secara umumnya tiada manusia akan mampu capai, lebih jauh daripada apa yang dilakukan oleh ajaran Islam.”

Jelasnya, Al-Quran dan Al-Sunnah yang berada di hadapan kita hari ini adalah sarat dengan nilai ilmiah yang bervisi ketuhanan. Sesungguhnya, bukanlah motif utama setiap ayat yang mengandungi nilai rabbani ini untuk membuktikan bahawa wahyu merupakan pedoman sains (science), tetapi adalah pedoman berpetunjuk atau yang memiliki tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah SWT (signs or vestigia Dei).

Islam, melalui perantaraan Al-Quran dan Al-Sunnah, mengajarkan manusia bahawa segala disiplin ilmu bukan sekadar sesuatu yang dicerap dan dimainkan di akal sahaja. Ilmu yang benar adalah ilmu yang turut membolehkan pengamalnya untuk melakukan penghayatan atas pengalaman (empirikal) dan logik (rasional) yang dilalui. Islam, melalui perantaraan Al-Quran dan Al-Sunnah, mengajarkan manusia bahawa segala disiplin ilmu bukan sekadar sesuatu yang dicerap dan dimainkan di akal sahaja. Ilmu yang benar adalah ilmu yang turut membolehkan pengamalnya untuk melakukan penghayatan atas pengalaman (empirikal) dan logik (rasional) yang dilalui. Penghayatan atau internalisasi (internalization) inilah yang akan menguatkan kepercayaan (Iman), keyakinan (Iqan) sehingga ke makam pembenaran (tasdiq) ke atas apa yang telah disampaikan oleh wahyu.

Satu hakikat yang tidak dapat diselindungkan oleh mana-mana pengkaji perkembangan sains adalah kemunculan sains moden Barat pada hari ini adalah berasal daripada sains Islam yang sangat hebat. Ketika masyarakat Barat mengalami stagnasi dan kejumudan yang dikenali sebagai zaman kegelapan (Dark Ages or the Medieval Period), sains Islam yang didasarkan dengan naqli (wahyu) dan aqli (rasional) telah berkembang pesat serta menyumbang kepada kesejahteraan manusia dan pertumbuhan tamadun yang lestari. Maka, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti akan kembali semula sains yang disuluh dengan panduan Ilahi ini sehingga menjadi faham sains arus perdana dalam masyarakat antarabangsa. Maka, marilah bersama-sama menjana cendekiawan Islam.

Oleh:
Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali
Ketua Program Pengajian Akidah Dan Agama
Penyelidik Modul Pintar Quran Dan Sunnah